1. Sabda Nabi s.a.w bermaksud:
Apabila masuk bulan sya`ban,
baikkanlah niatmu padanya,
kerana kelebihan sya`ban atas
segala bulan seperti kelebihanku
atas kamu.(Al-hadis)
2. Barangsiapa berpuasa sehari
pada bulan sya`ban, diharamkan
Allah tubuhnya dari api neraka .
Dia akan menjadi teman nabi
Allah Yusuf a.s. di dalam syurga.
Diberi pahala oleh Allah seperti
pahala nabi Allah Ayob a.s dan
nabi Daud a.s. Jika dia
sempurnakan puasanya sebulan
bulan sya`ban, dimudahkan Allah
atasnya sakratul maut dan
ditolakkan (terlepas) daripadanya
kegelapan di dalam kubur,
dilepaskan daripada huruhara
Munkar dan Nakir, ditutup Allah
keaibannya di hari Qiamat, dan
diwajibkan Syurga baginya.(Al-
hadis)
3. Barangsiapa berpuasa pada
awal hari khamis pada bulan
sya`ban dan akhir khamis
daripada sya`ban, dimasukkan
dia ke dalam Syurga. (Al-hadis
dari kitab Al barkah).
4. Berkata Siti A`isyah r.a.h, bulan
yang lebih dikasihi oleh
Rasullullah s.a.w ialah bulan
Sya`ban.
5. Sabda Nabi s.a.w: Sya`ban
adalah bulanku, dan Ramadhan
adalah bulan umatku. Sya`ban
ialah mengkifaratkan
(menghapuskan) dosa dan
Ramadhan ialah menyucikan
dosa (jasmani rohani).(Al-Hadis).
6. Sabda Nabi s.a.w : Bahawa
puasa Sya`ban kerana
membesarkan Ramadhan, siapa
yang berpuasa tiga hari daripada
bulan Sya`ban, kemudian dia
berselawat atasku beberapa kali
sebelum berbuka puasa, maka
diampunkan oleh Allah dosanya
yang telah lalu, diberkatkan
rezekinya. Antara lain sabdanya
lagi: Bahawa Allah ta`ala
membukakan pada bulan itu tiga
ratus pintu rahmat. (Al-Hadis).
7. Sabda Rasullullah s.a.w:
Dinamakan Sya`ban kerana
padanya terdapat kebajikan yang
amat banyak, dan puasa yang
lebih afdal sesudah (selain)
Ramadhan ialah puasa bulan
Sya`ban.(Al-hadis).
8. Sabda Nabi s.a.w: Bahawa
kelebihan Rejab atas bulan -
bulan yang lainnya seperti
kelebihan Quran ke atas segala
Qalam. Kelebihan Sya`ban atas
bulan-bulan yang lainnya seperti
kelebihan atas segala ambia
(nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan
atas bulan yang lain seperti
kelebihan Allah atas segala
makhluknya. (Al-hadis)
9. Bulan Sya`ban, keagungan
malamnya dengan malam nisfu
Sya`ban, sepertimana keagungan
Rejab dengan malam Israk
Mikrajnya, dan keagungan
Ramadhan dengan malam
Lailatul Qadarnya. Maka pada
malam Nisfu Sya`ban telah
datang Jibril kepada Rasul s.a.w
lalu katanya: Angkat kepalamu
kelangit, itulah malam yang
dibukakan Allah padanya tiga
ratus pintu rahmat dan
diampunkan Allah sekalian orang
yang tiada menyekutukan (syirik)
dengan-Nya sesuatu, kecuali
tukang nujum, kekal di dalam
zina, kekal minum arak, durhaka
terhadap ibubapa.(Al-hadis)
10. Sabda Nabi s.a.w: Allah
menilik kepada hamba-Nya pada
malam Nisfu Sya`ban maka
diampunkan dosa segala
makhluknya melainkan orang
syirik dan orang yang tiada
bertutur dengan saudaranya.(Al-
hadis)
11. Sabdanya lagi: Apabila pada
malam Nisfu Sya`ban maka
berjagalah kamu pada malamnya
bersembahyang, beribadah, dan
puasa kamu pada siangnya. Allah
berfirman: Adakah orang yang
meminta ampun maka Aku
ampunkannya, adakah orang
yang ditimpa bala` Aku
a`fiatkannya. Adakah orang yang
meminta rezeki maka Aku
rezekikannya, demikianlah
pertanyaan lainnya sehingga
keluar fajar subuh. (Al-hadis)
12. Tersebut dalam kitab Al-
berkat: Bahawa jin, burung,
binatang-binatang buas, ikan di
laut berpuasa mereka pada hari
nisfu Sya`ban.
13. Tersebut di dalam kitab:
Bahawa Jibril bersungguh-
sungguh pada malam Nisfu
Sya`ban menunaikan segala
hajat. Maka datanglah Jibril
kepada Rasullullah s.a.w kali
keduanya, katanya: Ya
Muhammad, gembirakanlah
kamu bahawa Allah ta`ala telah
mengampunkan segala umatmu
orang yang tiada menyekutukan-
Nya sesuatu. Angkatkan
kepalamu, lalu Rasullullah s.a.w
pun mengankatkan kepalanya,
tiba-tiba terbuka segala pintu
syurga. Dalam riwayat yang lain
pula menyatakan terbuka segala
pintu langit. Pada pintu langit
pertama malaikat menyeru
kemenangan bagi orang yang
rukuk pada malan ini. Pada pintu
langit yang kedua, malaikat
menyeru kemenangan bagi
orang yang sujud pada malam
ini. Pada langit yang ketiga,
malaikat menyeru kemenangan
bagi orang yang minta doa pada
malam ini. Pada pintu langit
keempat, malaikat menyeru
kemenangan bagi orang yang
berzikir pada malam ini. Pada
pintu langit kelima, malaikat
menyeru kemenangan bagi
orang yang menangis takutkan
Allah subhanahuwa ta`ala pada
malam ini. Pada pintu langit
keenam, malaikat menyeru
kemenangan bagi orang yang
mengerjakan amal kebajikan
pada malam ini. Dan pada pintu
langit yang ketujuh, malaikat
menyeru kemenangan bagi
orang yang meminta, maka
dikurniakan permintaannya itu,
dan pada pintu langit yang
kelapan malaikat menyeru:
Adakah orang yang meminta
ampun maka diampunkan
baginya. Bertanya aku kepada
Jibril, sampai bilakah terbukanya
semua pintu ini (diterima doa),
Jibril menjawab: Sehingga naik
fajar subuh. Dan katanya lagi:
Pada malam ini dimerdekakan
hamba-Nya yang mukmin lelaki
perempuan dari api neraka
sebanyak bulu kambing bani
kalab (bani kalab diantara orang-
orang arab yang paling banyak
memelihara kambing). Dalam
satu riwayat yang lain pula
bahawa Allah memerdekakan
hamba-Nya daripada neraka
sebanyak bintang-bintang
dilangit dan sebanyak hari dunia
dan malamnya. Pada malam
inilah dihantarkan Allah akan
jibril ke Syurga untuk menghiasi
syurga.
14. Barangsiapa membaca,(Tiada
tuhan melainkan Allah, tiada kami
sembah melainkan Dia, dengan
ikhlas lagi teguh atas dasar
agama (tauhid) walaupun
dibenci oleh orang-orang kafir)
ditulis Allah baginya ibadat
seribu tahun, dan dihapuskan
daripadanya dosa seribu tahun,
dan keluarnya dari kubur,
mukanya seperti bulan purnama
dan ditulis pada Allah taa`la
orang benar siddiq (orang yang
benar).
15. Allah tidak akan
mengampunkan dosa pada
malam nisfu sya`ban enam
orang;
1) Orang yang kekal minum
arak
2) Orang yang durhaka kepada
ibubapa
3) Orang yang kekal dalam zina
4) Orang yang banyak berkelahi
5) Orang yang melakukan
perjualannya dengan sumpah
yang dusta
6) Orang yang memperlakukan
orang supaya kelahi (Al-hadis).
16. Riwayat daripada Usman,
sabda baginda Rasullullah s.a.w:
Pada malam nisfu Sya`ban
setelah berlaku 1/3 malamnya,
Allah turun ke langit dunia lalu
berfirman: Adakah orang-orang
yang meminta maka Aku
perkenankan permintaannya,
adakah orang yang meminta
ampun maka Aku ampunkannya,
adakah orang yang bertaubat
maka Aku taubatkan akannya,
dan diampunkan bagi sekalian
orang mukmin lelaki perempuan,
melainkan orang yang berzina
atau orang yang berdendam
marah hatinya kepada
saudaranya. (Al-hadis)
17. Sabda Nabi s.a.w: Ya A`isyah!
Adakah engkau izinkan aku
sembahyang pada malam ini?
Jawab A`isyah: Ya, aku izinkan
lalu nabi pun bersembahyanglah
sepanjang malam nisfu Sya`ban
itu, beliau sujud terlalu lama
masanya, sehingga aku sangka
beliau telah diambil ruhnya
(mati), lalu aku tutupkannya
dengan kain, aku letakkan
tanganku di atas dua tapak
kakinya. Maka bergerak ia,
gembiralah aku kerana beliau
masih bernafas lagi, dan aku
dengar beliau membaca di dalam
sujudnya:
(Aku berlindung dengan
kemaafan Engkau daripada
siksa Engkau, dan aku
berlindung dengan keredhaan
Engkau daripada kehinaan
Engkau, dan aku berlindung
dengan Engkau daripada
kejahatan yang datang
daripada Engkau, aku tiada
terhingga memuji Engkau
sepertimana Engkau memuji
diri Engkau). Nabi menyuruh
A`isyah mengamalkan doa ini
dalan sujud. (Al-hadis)
18. Sesiapa sembahyang pada
malam nisfu Sya`ban daripada
umat Muhammad s.a.w terlebih
afdal daripada ibadatnya 400
tahun. Demikian Allah memberi
tahu kepada nabi Isa a.s lalu Isa
a.s pun berdoa kepada tuhan:
"Mudah-mudahan aku daripada
umat Muhammad s.a.w".